Thursday, 27 September 2012

Akhirnya masuk rumah!!

Dan akhirnya..semalam 26 september-kami dah masuk umah sewa secara rasmi. Selepas 11 ari menumpang umah host! Fuhhh lega mmg x leh nak ckp, dapat bilik yg cantik, umah yg cantik, semua mmg best. Tip-Top la utk perantau ni. haha umah sewa tercantik pernah aku duduk ni. english style lg. Fully furnish! what the great thing ever! Umah ni lak kebetulan Landlord nye org malaysia. dia baru je beli umah ni, so dia byk buat renovation thats why lambat skit kitorang step in. so ape lg, triple best la. umah dia pun depan umah sewa kami je.

By the way mmg aku bersyukur sangat2 duk kat umah ni. ye la, bukan senang nak dapat umah sewa perfect camni..even x 100% perfect. mana ada yg benda yg dapat puaskan ati manusia kan? haha so, bersyukur dgn apa yg ada, jgn merungut! sabar. tambah2 lagi dgn status perantau! (pesanan utk diri sendiri)

Rumah ni ada 1 master bedroom (encik bos punya), 1 bilik biasa (aku punya), 1 bilik study, 1 conservatory dan 1 bilik air lengkap ngan shower. ni special kes punye sbb kat uk ni, biasa nya guna tab mandi. ni tuan umah kami dah tukar pakai shower. then, bilik air ni lak, bilik air kering. x blh basah2 mcm malaysia. so, ok la..x da la geli sangat nak masuk bilik air slalu. hahaha 

Dan yg paling syokkk skali aku rasa, aku dapat bilik belakang. Kat blakang ni, aku rasa tenang sangat. Sbb aku dapat buka tingkap, tengok langit dari katil aku, dapat tengok kebun jiran sebelah nama Kelvin (single yaww-tp dah tua..hahaha). Kebun dia fuhhh mmg cantik rrr...mcm2 bunga ada, siap pokok maple lg ada, siap mcm2 kaler ada tu..mmg syok..Alhamdulillah..

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Syukur...tuhan permudahkan segala urusan aku kat sini..keje x start lg ni..x tahu la mcm mana..harap2 aku dapat la sesuai kan diri..berdebar jugak..ialah..aku ni banyak kelemahan..ditambah lak dgn keadaan aku sekarang..dalam kepala masih x lepas lg pasal dia. Aku harap, hijrah aku ke uk ni..akan buat aku lupakan dia. 

Okeh!!! semangat sikit! hehe senyum+berusaha+positif+fokus kerja!



Wednesday, 19 September 2012

Supertram in Sheffield.

Akhirnya.......
Selepas 3 ari duk dalam umah host, tido dan jet lag x habis lg...ari ni aku ngan en.bos sekeluarga kuar melihat dunia luar. Dengan cuaca sejuk musim luruh ni...kami berjalan g stesen tram. Aku yg blur mengikut depa je. haha mmg blur! mcm alien jatuh ke bumi...

Staniforth Road. umah host yg aku stay dari luar.

jalan kaki menuju stesen tram Attercliffe.

Encik majikan & family. Aku follow je. hehe

Sheffield City Council. officially here.


Then kami naik tram (Stagecoach Supertram) kat stesen Attercliffe untuk ke Meadowhall. Meadowhall ni shopping mall terbesar la dalam sheffield ni. best jugak la...( bagi org yg ada bykkk duit ye) bukan bagi aku. hahaha So, 1st time naik tram ni..enjoy juga..lagi convenience dari LRT @ KTM (jgn mrh naaa). Ape yg aku blh ckp, tram ni laluan dia mmg x da la kelam kabut mcm lrt, sbb lrt guna laluan sibuk. tram ni lak kita blh lintas slumber je kat landasan dia. then dia punya route atas jalan raya, ada traffic light.  tu yg aku rasa cool. (maklum la, budak kampung tengok benda canggih-hahaha) sbb kat malaysia,punya la penat nak mendaki tangga, nak masuk lorong2, nak tunggu lif..nak2 kalau kena stesen masjid india fuhhh menangis la kalau kena time depa balik keja, pastu kena lak beratur nak beli token. Tram ni dia bayar kat dlm-means ade konduktor..mcm bas. hehe konduktor dia lak punya la polite even we are foreigner. So, tambang utk ke Meadowhall adalah £1.50 bersamaan dengan RM7.50..hahaha tu diaa..so,jangan lah nak convert2 ke ringgit,kalo x, menangislah..btw, alhamdulillah..encik bos yg tolong bayarkan. Syukran jazilan! hehe (^_^)



Landasan tram yg blh lintas terus je. x leh bunuh diri sbb tram slow je. x sempat mati nnt.haha

mcm dalam bas Rapid pon ada. hehe


Tram


So..selepas beberapa stesen, sampai la ke Meadowhall...punya la besar..tp Mid Valley lg besar..hehe punya lah letih..huhu dari tram, kami terus masuk ke meadowhall. mcm mid valley gak, sapa2 yg naik KTM blh terus masuk ikut laluan pejalan kaki. 



Maka itulah hasil nya. Sedikit barang2 keperluan. Primark ni yg paling murah dalam banyak2 kedai dalam tu selain Poundland. Poundland tu mcm kedai RM2 kat Malaysia jugak la. hehe tu je la setakat ari ni.

Sekian.

   

Tuesday, 18 September 2012

Kehidupan baru di tanah asing.



Assalamualaikum.

Maka secara rasmi nya wujud lah blog aku. Sekarang ni dah sampai masa untuk jd blogger lak..haha so, ari ni hari ke-3 aku kat bumi uk ni..terdampar kat sheffield. Sekarang ni masih berada dirumah host, Kak maniha dan en.Hasrul di Stanniforth Road, Darnall. Sementara menunggu rumah sewa kami siap sepenuhnya. Kat sini skang ni musim luruh. Cuaca sejuk-nyaman. Rasa cam best lak kat sini. tenang..
Semoga kembara aku ditanah asing ni diredhai Allah s.w.t..semoga diberkati rezeki aku..dan semoga aku dapat balik ke Malaysia tepat pada masa yg ditetapkan. InsyaAllah.

10 september 2012
Dari terengganu ke taiping naik bas SP Bumi. Mak ngan abg Ri htr kat terminal terengganu.Mak nangis..waaa sedih gak..tp aku x nangis sikit pun..haha . Turun kat Terminal Taiping then en.nafri & k.lyn dtg amik g umah mak k.lyn.



12 september 2012
Bertolak ke sik. Menuju umah family en.nafri kat kg cheruk sejuk kalo aku x silap. Then umah kg yg cantik, suasana kg..best la aku rasa kat situ. then suasana keluarga yg mesra. x da la aku tingat sgt kat family aku. haha then g mkn kat kedai mi rebus kat Jeniang. fuhh superbb r..1 ari nnt aku balik mesti datang lg sini.



14 september 2012
Bertolak ke airport Alor setar utk ke KLIA. naik MAS. aku bawak luggage 1 dan backpack with camera,laptop,dokumen..itu je..sempoi..mcm nak g bercuti..haha then flight delay lak sbb cuaca buruk. Sampai kat KLIA aku call adik dan idah. then diorg struggle giler utk jumpe aku kat KLIA. aku dah jd sebak dah masa tu sbb nobody yg stay utk wave goodbye kat aku. Mr.Y pun x dtg. dia sedih? dia sengaja tanak dtg? dia suka aku nak pergi? ntah. then last minit tu adik ngan idah sempat jugak sampai KLIA bersama sushi anak sotong kurita yg aku suke kat jusco cheras tu dgn rojak buah. waaaa permintaan terakhir aku sebelum terbang ditunaikan. thanks utk adik2 aku. haha then slepas bpelok ciom, aku masuk ke bahagian boarding pass..sambil berlari2 kami menuju ke pintu masuk flight. dah lah kami terlewat sbb flight yg delay dari Alor Setar. sampai nama2 kami berlima kena announce. famous tuuuu sbb kene announce nama kat KLIA..hahaha bdebar gila kot..takut kene tinggal flight..haha then..akhirnya aku terbang bersama Emirates..goodbye Malaysia.



15 september 2012
Transit di dubai. wahh mengantuk gila sbb makan byk dlm Emirates. cun2 pramugari nya sekali ngan makanan yg sedap2. kat airport dubai,punya la ramai manusia..dlm kul 2am. aku yg mamai cuba nak cari Emirates Tower..kot2 nampak dari dlm airport..tp x nampak..sbb malam..haha pastu cuba cari tempat nak duduk..fuhh sesak giler..last2 dapat la duduk skejap sbelum flight sterus nya ke Manchester. kali ni naik Emirates jugak.



16 september 2012
Jam 7.00 am waktu manchester aku selamat menjejak kan kaki ke bumi Manchester. Tapi stuck lama gila kat bahagian visa sbb ramai sgt budak undergrad yg duk que. sampai naik lenguh la kaki ni ha nak bdiri. dgn backpack lg. adoyaiii letihhh..dgn lapar lg..haha tp nasib baik la masa kat kaunter visa tu, aku selamat...haha x yah bersoal jawab banyak sgt..tunjuk dokumen dan blh go through je. sampai lak turn nak amik luggage..cari troli kena bayar la pulak. 1 pound=rm5.00...amik la jugak 1 troli utk mengangkut luggage kami yg bapak berat tu. then bila kuar pintu utama..dah ada org yg tunggu nak amik kami...Alhamdulillah..x yah la jd pak pacak lg..En.fuad, bakal tuan umah sewa kami yg datang amik. sepanjang jalan aku diam je. x tahu apa aku fikir. fikiran kosong. aku biarkan mereka semua bersembang. dan aku hanya menikmati pemandangan sepanjang jalan. indah sungguh bumi tuhan. mcm bermimpi pun ada. tapi ini realiti. aku kini di uk. akhirnya kami sampai dirumah host (rumah utk kami duduk sementara tunggu umah sewa).


Manchester
|
|
Sheffield



p/s: tQ to bdAk kcIk tyA.. (^_-)