Saturday, 14 December 2013

Arabian Breakfast at Red Sea Cuisine.


Selepas setahun lebih aku duk sini..x pernah lagi keluar breakfast kat kedai makan..haha ari ni 1st time sepanjang duk sheffield ni, encik bos ajak pi makan kat luar..fuhh excited gak..x sabau nak tgk camana la makan pagi depa ni..then, kami menuju ke kedai pak arab nama dia Red Sea Cuisine..dlm 15 minit pjalanan dari umah kami..dgn pakai track suit dan tshirt..aku belasah je masuk kedai arab tu..order nasi+kambing+roti canai..dgn air fanta oren..fuhhh layan..sedap sgt..kami makan 5 org..harga smua skali dalam 23 pound..blh tahan la dgn kesedapan dan portion makanan yg disediakan....Alhamdulillah..kenyang...










Barangsiapa yang menadahkan tangannya dan berdoa , 
Allah tidak akan membiarkan tangannya itu kembali kosong ”
- Al Habib Ali Zainal Abidin -


Sekian.


Sunday, 8 December 2013

Hull-East Yorkshire.

Destinasi kali ni adalah menuju ke east yorkshire..ari ni kami gi Hull. (cara sebutan adalah -hall @ yorkshire adalah hull).

Dari rumah kami di Darnall menuju ke Sheffield perlu melalui M1 (highway) dan jarak perjalanan kira2 93km..so, kami dah niat siap2 utk jamak solat.. Sepanjang setahun lebih duk kat UK ni, kami jumpa tol pertama..kena bayar sebanyak 1.50 pound. Itupun sebab kami naik jambatan gantung kategori 2 tiang yg tertinggi di dunia. fuhh mmg kagum la tgk dia punya sculpture dan engineering yg superb.. Nama jambatan ni - Humber Bridge. Then kami menuju ke The Deep- akuarium besar yg menempatkan pelbagai khazanah dari laut dalam..nama pun dah the deep..haha maklum lah musim2 sejuk ni, aktiviti outdoor x blh nak layan sbb suhu yg sejuk..maka kami cari yg indoor sahaja lah..

Kami singgah solat zohor di sebuah dewan yg dijadikan sebagai surau di bandar Hull. oleh kerana kul 4 ptg dah gelap, kami balik umah awal jugak lah lepas bungkus makanan di kedai bernama "Madina".






tempat untuk hasilkan kapur (chalk)


bahagian solat wanita.










bulan separuh..pemandangan jam 4 ptg dari tingkat atas..




Kita takkan nak selamanya disini.
Sampai satu tahap dan ketika,
Kita akan pergi atau berhenti.


Sekian.

Saturday, 7 December 2013

Hobi.

yep...hobi aku adalah berkebun. itu salah satu dari nya selepas memasak, membaca, fotografi dan travelling. dan aku sangat suka dengan benda2 melibatkan tanaman dan alam sekitar. walaupun aku sangat geli pada cacing2 yg sungguh besar di sini.

aku tanam pokok labu...pokok cili capsicum hijau...pokok kesum..parsley, basil, oregano..dan pokok2 bunga...dan bila pokok2 dah mula berbunga dan berbuah...hati ni lagi la rasa happy..bila pandang daun2 yg hijau dan segar..rasa terubat jugak hati ni....hihi tapi harap2 nya kesayang aku semua ni mampu lah bertahan dalam cuaca sejuk sepanjang winter ni....(^_^)

pokok labu dah berbunga..








capsicum hijau dah berbuah 2 bijik.



"bukan.
bukan tiada yang sudi mendengar keluhan hati ini.
tapi hati aku yang sudah tidak mempercayai lagi."

Sekian.




Monday, 2 December 2013

Seandai nya.


Allah.. andai nanti aku pergi,
biarlah aku pergi apabila segala perkara telah selesai.
andai aku pergi, izinkan aku diingati dengan kebaikan yang aku tinggalkan…

andai aku pergi ya Allah,
ambillah diri ini dalam keadaan iman yang terbaik.
dalam keadaan dan saat , aku bersedia untuk bertemuMu Allah…

Allah…
andai tinggal aku di dunia ini, semakin bertambah dosaku,
Allah.. ambillah diriku…
ujian dunia ini sangat hebat..
jangan Kau biarkan diri ini walau seketika..
tanpaMu aku hina. terlalu hina ya Allah…

Allah…
ambillah nyawa ini, disaat iman ku berada di kemuncak.
kerana aku takut, aku kembali lagi kepada yang lama..
aku takut berjauhan denganMu..
Allah…… moga diri ini tabah dan kuat. untuk hadapi setiap ujian. dan dikurniakan pengakhiran yang baik. Amiin..
Andai nanti aku pergi...
sudilah maafkan salah silap aku yang terlalu banyak.
doakan aku…
bila semua telah selesai, biarlah Allah ambil aku.
dalam keadaan iman aku yg terbaik.


Sunday, 1 December 2013

Sheffield Winter Cafe.

Well...ari ni x masak untuk lunch sbb nak gi winter cafe...winter cafe ni diberi nama sempena musim winter...cafe waktu winter..hehe so, ada la student2 malaysia yg berniaga makanan kat situ..kali ni dibuat kat Broomhall Centre kat Sheffield.

Memang ramai lah boleh nampak student malaysia kat sini...konon2 cam pasar malam pun ada..haha ada nasi kerabu...pulut kuning, keropok lekor, roti canai mcm2 jenis, dan mcm2 la y gado..hehe

Masa nak balik kami singgah di kedai org yaman..kat sini ada jual mcm2 rempah dan ada jual barangan malaysia..rempah adabi, sos cili dan meggi..hehe kedai yaman ni merupakan kedai pertama yg dibuka kat sheffield ni..ni based on signage depan kedai tu la..hehe

**dan aku pilih Pulut Kuning+Gulai Ayam...sebab itu adalah feberet aku. harga nya... 2.50 pound.











"When Allah wants it to happen

It surely happen in the most beautiful plan ever "


Sekian.


Monday, 25 November 2013

Yong Tau Fu & Bubur Pulut Hitam.

okeh...ari ni..mood nak makan mcm2...lidah teringat mcm2 makanan kat malaysia...nak2 lagi masa keje kat cheras dulu, slalu makan yong tau fu kat downtown cheras...huhu rindu nye pada makanan2 itu..haha akhirnya..berjaya jugak aku menghasilkan kuah yong tau fu yg sangat sedap...hehe serius sedap..lagi sedap dari kat downtown tu..haha perasan! tp, maybe sbb bila kita buat, rasa dia lagi fresh..kat downtown tu kuah dia yg dah brape ari pon x taw la kan..hehe 

then for the desert...aku buat bubur pulut hitam..oh sesungguhnya..inilah kegemaran aku...masa kecik2 dulu..bubur pulut hitam ni la yg slalu aku mintak ngan mak aku...tapi, jarang dapat mkn sbb pulut hitam ni mahal...sedih lak bile tingat time susah dulu...huk huk huk




“A person who truly loves you, is someone who sees the pain in your eyes, while everyone else believes the smile on your face.”

Sekian.


Sunday, 17 November 2013

Dovedale-Derbyshire.

Sekarang dah masuk musim sejuk...tapi salji belum ada lagi...oleh kerana kebosanan dirumah, kami keluar menghala ke Derbyshire..kira2 sejam dari umah kami...tempat ni merupakan salah satu daripada tarikan pelancong jugak kerana terdapat dalam National Trust. dan yg menarik nya, perjalanan nak ke Dovedale ni melalui perkampungan english betul lah...memang cantik..dan tiba2 masa nak lalu satu jalan ni, ada limpahan air pulak...kami ingatkan banjir..haha rupa2 nya kat situ memang ada air lalu..nasib baik x patah ballik...itupun lepas ada sebuah suzuki swift meredah air tu..baru la kami berani nak teruskan perjalanan..

Mula2 sampai kami singgah ke Ilam Park..saja jalan2 area tu dulu sebelum ke destinasi seterusnya. Kat dovedale ni kami melawat satu tempat dicelah bukit-bukau yg cantik tu..nama nya Stepping Stones..batu2 yg disusun sejak tahun 1546 lagi...lama gila tu...huhu sejarah ni...nak masuk ke situ kena bayar parking je..then boleh la meredah jalan yg lecak sbb hujan...sungai yg mengalir diantara bukit tu sungguh cantik..udara segar dan boleh nampak kambing biri2 duk meragut rumput kat puncak2 bukit tu...subhanAllah..cantik sangat2...

Balik dari dovedale tu kami makan KFC je..sbb dah x larat nak masak...KFC kat sini x sama mcm malaysia..mana ada cheezy wedges extra cheese..ayam goreng pun rasa kari..huhu mkan je la..dah rezeki...


kat jalan banjir..hehe





di italian garden.




















yg unik nye tentang kedai ni adalah..taktor tu tarik kedai tu..nampak x dia sangkut tu..hehe

kat telaga bertuah..konon la..campak syiling dalam tu then buat niat..aku x buat lah..





Sebelum nya aku fikir, melepaskan yang aku sayang itu sulit.
Aku fikir, aku tidak akan mampu berdiri berdepan kenyataan.
Aku fikir aku akan tenggelam dalam tangisan.
Aku fikir aku akan merindu dalam kesunyian.

Namun..ternyata,setelah aku melepaskan dia yang amat aku sayang.
Aku menemui ketenangan.
Yang terlalu aku dambakan.

Indah sungguh aturan tuhan.
Walaupun pedih menahan luka tangisan.
Aku kini mampu tersenyum.
Walaupun tidak seriang waktu aku berteman.
Namun aku bahagia.
Kerana bukan lagi cinta manusia yang aku harapkan.

Alhamdulillah..syukur pada tuhan..
Aku kini kembara mencari jalan pulang.
Pada Allah.

Sekian.