Monday, 30 September 2013

Cambridge & Cranfield University.

Cambridge.
Tidak pernah aku terbayang untuk berada disini. Jejakkan kaki kat sini. Sebab untuk belajar kat sini, dah konpem2 aku x layak. Uni malaysia pun aku x lepas, usahkan cambridge. haha gilossss

Ari ni kami langkah panjang ke cambridge. sbb kebetulan nak g umah kwn encik bos di Cranfield. So, alang2 dah dekat ngan cambridge, kami singgah lerr..kat sini, parking keta jauh gila..kene jalan kaki nak ke bandar cambride tu..kat bandar ni, x da keta/motor pun...smua org jalan kaki atau naik basikal..sampai kan ada ambulance basikal..wakaka aku tergelak sesorg tengok ambulance basikal tu..haha..

Then kami naik sampan yg lalu ikut kolej2 universiti cambridge..ala2 mcm kat itali gitu..hehe dalam kul 12 tghari gak la..matahari atas muka..amik gambar pun pejam mata..nak bergambor pon mcm malas sbb silau. aku lupa dah berapa harga nak naik sampan tu. Tukang bawak sampan tu punya la hensem..haha then, sepanjang kami menyusuri sungai tu, dia bagi penerangan tentang sejarah cambridge dan tempat2 yg kami lalu..

Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke University of Cranfield. Universiti ni, mengikut kata kak lyn..memang special utk org yg buat post-grad saje...betul2 spesel la...nak masuk ke uni ni, memang kampung gila..mcm nak masuk kampung aku..haha saje eksyen..tp, suasana kat cranfield ni memang damai dan tenteram..memang smua student kat sini dapat grad on time lah..hehe




































“Moga Allah bawa pergi, 
Segala harapan, 
Pada hal-hal yang tak pasti. ”


Sekian.


Sunday, 22 September 2013

Thorpe Hesley Carboot.



Hari ni kuar rewang ke carboot..carboot ni x penah pegi lg..dan aku rase carboot ni adalah yg paling best penah aku g..sbb smua murah dan x da trader. betul2 carboot la..carboot ni ada hari2 special dia je baru buka..aku lupa apa tarikh dia..haha carboot kali ni kat Thorpe Hesley. x jauh dari umah kami..dlm 15 minit drive.






"Sebelum nya aku fikir, melepaskan yang aku sayang itu sulit.
Aku fikir, aku tidak akan mampu berdiri berdepan kenyataan.
Aku fikir aku akan tenggelam dalam tangisan.
Aku fikir aku akan merindu dalam kesunyian.

Namun..ternyata,setelah aku melepaskan dia yang amat aku sayang.
Aku menemui ketenangan.
Yang terlalu aku dambakan.

Indah sungguh aturan tuhan.
Walaupun pedih menahan luka tangisan.
Aku kini mampu tersenyum.
Walaupun tidak seriang waktu aku berteman.
Namun aku bahagia.
Kerana bukan lagi cinta manusia yang aku harapkan.

Alhamdulillah..syukur pada tuhan..
Aku kini kembara mencari jalan pulang.
Pada Allah."



Sekian.



Monday, 16 September 2013

1 tahun di Sheffield.


Alhamdulillah..sudah setahun aku bertapak di bumi Sheffield ni. sujud syukur.
Semoga dikurniakan keikhlasan dalam setiap tugas dan keberkatan dalam rezeki yg di berikan.
Alhamdulillha..sudah setahun berlalu..2 tahun lagi untuk ditempuh. Semoga hati terus bertabah. Perit luka, sedih dan susah..semoga tidak akan tergoyah. InsyaaAllah.




  • Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala pujian bagiMu. Ya Allah, kebaikan itu untuk orang yang bertakwa. Tidak dimusuhi kecuali mereka yang menzalimi. Selawat dan salam untuk semulia-mulia utusan, dan pengakhiran segala Nabi dan seluruh keluarga dan sahabat baginda.
  • Ya Allah Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami nilai kesyukuran untuk kami sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan nikmat yang Kau berikan kepada kedua-dua ibu bapa kami, sehingga kami dapat melaksanakan amal soleh yang membawa keredaanMu. Jadikan kebaikan yang kami lakukan meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak kami. Dan masukkan kami ke dalam rahmatMu sebagai hamba yang soleh.
  • Ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan perintahMu dan berilah kami kemanisan berzikr. Berilah juga kepada kami kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaanMu. Dan jagalah kami dengan jagaan dan perlindunganMu, wahai Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
  • Ya Allah bantulah kami untuk mengerjakan ibadah. Jauhkanlah kami daripada selaput dosa. Dan berilah kami peluang dan ruang untuk mengingatiMu secara berterusan, dengan taufik hidayah yang kami amat-amat harapkan, wahai Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat.
  • Ya Allah, sediakan bagi kami sebahagian daripada keluasan rahmatMu. Berilah kami petunjuk dengan ajaran-ajaranMu. Bimbinglah kami menuju keredaanMu yang penuh dengan kecintaanMu.
  • Ya Allah, tanamkan dalam diri kami kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat dan fasik. Ya Allah jauhkanlah kami daripada kemurkaanMu dan seksaan api neraka dengan pertolonganMu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.
  • Ya Allah, sesungguhnya hambaMu memohon dikurniakan iman yang sempurna, keyakinan yang sebenar-benarnya dan mantap, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa menyebut-yebut namaMu, barang-barang yang halal yang baik, taubat yang bersungguh-sungguh sebelum mati, keampunan dan rahmat sesudah mati, kemaafan ketika dihitungkan amalan, kejayaan dengan mendapat syurga dan keselamatan dari neraka dengan kasihan belasMu ya Allah, Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun.
  • Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Mendengar segala permintaan dan pengharapan setiap hambaNya. Berkatilah sisa umur kami, jadikan umur yang tersisa ini membawa kemaslahatan bagi kami, bagi orang tua kami bagi keluarga kami dan bagi sekalian umat Islam.
  • Ya Allah ampunilah segala kelalaian kami. Ya Allah, jadikanlah hari ini menjadi hari ampunan bagi segala dosa kami. Hari yang Engkau gantikan segala kegelapan kepada cahaya di hati kami.
  • Ya Allah, jangan biarkan kesibukan dunia membutakan hati kami. Jangan biarkan hawa nafsu menjerumuskan kami ke lembah kehinaan.
  • Ya Allah, tetapkanlah bagi kami kesabaran. Jangan biarkan amarah membuat kami terhina dalam kezaliman.
  • Ya Allah, sediakanlah untuk kami sebahagian dari rahmatMu yang luas. Berikanlah kami petunjuk kepada ajaran-ajaranMu yang terang.
  • Ya Allah, hiasilah diri kami dengan ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang membawa kepada keluhuran akhlak kami.
  • Ya Allah, jadikan kami orang yang sentiasa bersyukur dan jadikan kami di kalangan orang yang sabar. Jadikan juga apa yang kami lakukan yang pada penilaian kami amat kecil ertinya tetapi besar pada penilaian di mata manusia.
  • Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat dan selamatkan kami daripada azab api neraka. Aameen.

Sumber:
Ust Hj Muhidir bin. Hj Tamjis
Senjata Mu’min


Sekian.

Saturday, 14 September 2013

Sayonara Kak Nawwal.

ermm..quite sad..tp, yg datang akan pergi...cewahhh
ari ni ari angkat barang umah k.nawwal..dia dah settle master then dah sampai masa balik mlesia...setahun kenal, duk gelak ketawa, sembang2..itu dah cukup utk mencipta kenangan..dan aku rasa, aku suka cara dia treat aku. x pandang aku sebelah mata. itu buat aku respect dia dan comfortable. satu kontena besar datang utk isi barang2 dia..ni perkara biasa la jika ada org mlesia nak balik..mesti angkut baik punya..haha



aku & k.nawwal


k.nawwal & k.lyn

“Whatever comes, let it come. What stays, let it stay. What goes, let it go.”


Sekian.


Tuesday, 10 September 2013

Laksa Penang di Sheffield.

yup..nama nya Laksa Penang...tapi skang ni, aku di Sheffield...haha Laksa Pinang di Sheffield. boleh la...
so, laksa penang ni, adalah laksa penang pertama yg aku buat sejak datang Sheffield. laksa nya mengguna kan mi udon (mi org jepun). Kuah laksa menggunakan ikan mackerel. daun kesom ada, yg x lengkap cuma bunga kantan. tapi, belasah je...dari x dak rasa langsung kan..hehe alhamdulillah..kenyang.



p/s : pinggan tu cantik. Port Merion kak lyn punyer. haha

p/ss: Hari ini birthday mr.ex..biar jadi kenangan saja.


Sekian.


Sunday, 8 September 2013

Wentworth.

Wentworth Woodhouse & Garden.
Hari ni sekadar mengisi waktu dihujung minggu..lepas breakfast..kami bsiap nak ke rotherham..sampai kat situ memang besar la tempat tu..sekali bila duk jalan kat padang tu, ade omputih mai bgtaw yg tempat tu private property..fuhhh berdebau..haha dasyat gila tempat tu..cam istana pun ado..huhu pastu, kami masuk ke wentworth garden..cantik gak garden tu..kene bayar..mcm biase...encik bos yg bayar..alhamdulillah..hehe













" Merindukan seseorang tetapi hati menafikan. Kerana tahu takdirnya bukan untuk bersama selamanya. 
Allah lebih tahu mana yang terbaik."

Sekian.


Friday, 6 September 2013

Pizza in the house!

yummy!! ari nih layan pizza..sesekali layan western sedap juge..memandangkan smua bahan ada..dan cheese pun heaven kat sini..aku pun merekacipta pizza..based on last pizza aku mkn kat malaysia dulu..pizza yg ada gulung tepi tu, ade mozarella cheese..fuhh sdapnye bila cheese melimpah.. (^_^)



Sebelum masuk oven.

 


Selepas keluar oven.


walaupun rupa pizza ni x da la menawan sangat..tapi perut tersenyum riang..haha Alhamdulillah...



Sekian.