Wednesday, 30 October 2013

Rainbow Caramel Cake.

Hari ni...hari aku rajin...haha sebenarnya terlalu banyak yg bermain dalam kotak fikiran aku ni...jadi, aku amik keputusan utk merekacipta sesuatu didapur..maka..hari ni aku buat kek rainbow caramel sebagai desert dan Chicken Chop+Yorkshire pudding sbagai makan malam.










“dan ketika Tuhan mengambil sesuatu yang membahagiakan kita pada hari ini hingga kita rasa sedih dan kecewa, bukan sebab DIA benci, tapi sebab DIA nak tunjuk, kebahagiaan yang DIA akan bagi esok hari, adalah lebih indah dan baik.”

Sekian.


Tuesday, 29 October 2013

Keropok Lekor in the house.

yeayyy!!! after a year not having the keropok lekor...ari ni dgn usaha keras nya aku berjaya buat kopok lekor...huhu nikmatnya waktu makan...buat sos cicah skali..fuhhh heaven! kopok lekor ni aku just buat pakai isi ikan mackerel dan tepung ubi kayu...boleh lah nak lepas rindu tu..even x sesedap kopok lekor kat kelulut terengganu..itu mmg legend r...

mackerel yg comel dan sedap.



akhirnye dah siap...syok!


"kenangan antara aku dan kau memang terlalu indah utk dikenang. walaupun kau sudah tiada dalam hidup aku, kenangan itu masih tersimpan.. seperti kisah aku, kau, keropok lekor kelulut dan kuala marang. "


Sekian.


Saturday, 26 October 2013

Norfolk Heritage Park.

Sepatut nya 2 ari lepas dah nak datang sini...disebabkan cuaca yg x mengizinkan, kami postpone ke ari ni...park ni x jauh dari umah kami...saja jalan2 amik2 gambar sbb waktu musim luruh ni, pokok2 semua berdaun kuning+oren...cantik la..hehe








macam buah berangan. tapi kat sini panggil hazelnut.






“Mungkin aku pernah melukai hati ibu & ayah. 
Mungkin mereka pernah mengalirkan airmata kerana aku. 
Mungkin disebabkan itu, 
Hari ini, 
Sekarang ni, 
Tuhan bagi aku terluka & dilukai. 
Tuhan bagi aku menangis tersedu sendiri. 
Mungkin.”

Sekian.


Sunday, 20 October 2013

Nasi Goreng Ikan Masin.

yeayyy!!! selepas 1 tahun lbh aku kat sini...ari ni dah berpeluang makan nasik goreng ikan masin...ya Allah...syukur sangat2...nasik grg ikan masin ni mmg la feberet aku sangat2....masa suap je ke mulut mcm nak jatuh air mata...nikmat nya...

Ikan masin ni telah dijumpai secara x sengaja oleh kak lyn masa g beli barang kat kedai Oriental...ikan masin ni made in thailand dan ada logo halal...dapat sekeping je...tapi cukup la utk mengubat kerinduan tekak ni pada nasi grg ikan masin....sungguh syahdu.... (T_T)

nasi goreng ikan masin seafood guna sayur daun bayam. haha

“Cinta mungkin adalah satu-satunya tempat di mana kau boleh merasa tak bodoh walaupun jelas-jelas sedang melakukan hal bodoh.”


Sekian.


Saturday, 19 October 2013

Goacher's Farm-Last picking in summer.

Hari ni merupakan detik2 yg ditunggu setelah sekian lama...nak g petik buah epal, buah pear, buah blueberry dan buah peach. Fresh dari pokok. Hari ni kami pergi ke ladang yg sama dengan kami petik strawberri hari tu, cuma strawberi dah habis dan skang ni tinggal 4 jenis buah ni je lagi...Kami ke sana bersama family kak maniha...kebetulan mak dan ayah kak maniha pun baru sampai dari malaysia, depa pun ikut sekali.

Malangnya, mungkin sbb kami dah datang lewat sangat...musim dah nak berakhir..buah peach dan buah blueberry dah tinggal sikit je...dah banyak yg luruh..Pertama kali menatap buah2 yg segar bergayutan dipokok tu, aku rasa nak melompat keriangan..subhanallah..sungguh terharu rasa nya bila dapat menatap dgn mata dan menyentuh dgn tangan sendiri...

Dan...pada saat aku menggigit buah tu epal dan pear tu...masyaAllah...sedap x taw nak ckp...dgn rangup, manis, wangi....smua ada...nak2 lagi baru je lepas hujan...memang syok la...mcm dah dibasuh then tunggu nak ngap je..haha best sgt!!!! heaven!


Apple yg sungguh seksi!

buah labu untuk carving Halloween!


madu lebah original dari ladang ni. ada macam2 jenis.













Buah peach terakhir..





aku-kak lyn-kak maniha-kak yan




“Saat nanti.
Bila Tuhan pilih aku untuk jatuh cinta.
Sama ada pada manusia, pelajaran, kerja atau apa saja.
Moga nya, aku tidak jatuh cinta
Pada yang sia-sia.”

Sekian.