Sempena cuti hari Easter kali ini, kami semua melawat Bath. Kami konvoi 2 buah kereta. 1 lagi family kak zue dari Tinsley. Perjalanan hampir2 4 jam juga selepas tolak campur makan dan solat. Destinasi pertama kami singgah ke Westonbirt Arboretum. Tempat ni merupakan satu hutan simpan yg ada pelbagai jenis tumbuhan dari seluruh negara. Bagi pencinta alam sekitar mesti suka dengan tempat ni. Cuaca kebetulan nya panas jadi lebih seronok untuk berjalan2. Kami bermalam di hotel travelodge Bath. Keesokan nya kami bergerak ke pekan Bath. Pekan Bath ni terkenal kerana tempat mandi air panas nya. Tempat mandi diraja zaman pemerintahan Rom. Air mata air nya mmg jernih dan kehijauan dan aku berpeluang untuk snap pic dgn dayang2 istana rom. Orang2 rom ni memang lain dia punya kulit dan raut muka.
Weston Arboretum
Bath City
Slow down and enjoy life.
It's not only the scenery you miss by going to fast - you also miss the sense of where you are going and why.
Sekian, Terima Kasih.