Wednesday, 26 December 2012

Boxing Day in Cheshire Oak.


Dah bulan 12 ni, nak2 lepas krismas..Semua orang duk citer pasal boxing day... apa itu boxing day? aku pun blur gak mula2..ingatkan hari orang bertinju siam..haha then aku pun duk google la cari mende apa Boxing Day ni..sbb femes sgt...kat tepi2 jalan dan smua shopping mall duk pasang banner pasal Boxing day. Aku cuba cari maklumat tentang boxing day... antara yang aku temui maklumat pasal boxing day ni ialah:

secara tradisional boxing day dirayakan pada 26 Disember, sehari selepas raya Krismas; kedai2 akan menjual barang2 dengan harga yang sangat rendah; banyak kedai dibuka awal iaitu seawal 3 pagi..Landlord aku ckp, kalau Next punya kedai, kul 2 am dah ada customer yg duk beratur. 

Secara kesimpulannya boxing day adalah hari untuk mencapai impian kita, memiliki barang yang sudah lama diingin-inginkan sepanjang tahun tersebut dengan harga yang sangat murah (kalau macam tu memang banyak betul la barang keinginan aku... berangan je la dulu). Bestnya kalau betul2 ada boxing day dan aku dapat pergi shopping apa sahaja barang yang aku nak. Itupun kalo ade duit..tp..aku dah tahu dah..mcm mustahil..haha aku tengok je org duk shopping..dan telan air liur..dalam kepala duk berangan je la tengok depa membeli...huhu sedihnya bila jadi org tidak berduit..

Aku just amik gambar pokok krismas giant dan gbr minum hot chocolat kat Costa. then yg best nyer, terjumpa 1 rombongan manusia femes..haha geng2 pasukan bola kelantan. Aku mana kenal sbb aku x minat bola..tp encik bos bagitahu dia pengurus pasukan bola kelantan. Tuan Haji Azman Ibrahim. haha dengan anak isteri dan geng2 beliau. aku sengih je masa jumpa dia. nak ckp pasal bola mmg kosong la,,haha balik dari Cheshire Oak tu, encik bos singgah kat outlet satu lg di East Mid Land. aku pon pandang kosong je la....oh duittttttt!!!!


Tuan Haji Azman Ibrahim-gambar dari google. hehe 







aku lepak kat costa..k.lyn ngan encik bos masuk Tefal. hehe




Ni je la yg aku dapat ari boxing day. org shoppping,aku amik gbr je. 



“Menangis itu adalah bicara yang terdampar jauh di sudut jantung hati, di saat kita tidak mampu untuk meluahkannya dengan kata-kata…”


Sekian.

Sunday, 23 December 2012

Jalan-jalan ke Yorkshire Sculpture Park.

Dah masuk penghujung musim luruh. Suasana suram dan lembap. Dah nak masuk winter nampak nya. Tapi aktiviti jalan-jalan masih diteruskan. hehe jalan tetap jalan..jangan lepaskan peluang.

So, ari ni kami ke Yorkshire Sculpture Park. Luas tempat nya. dah nama pun sculpture kan...haha mesti la byk arca2 yg dipamerkan. Tapi aku silap ari bulan la pakai kasut biasa sbb kawasan tu tanah lembap dan berair...huhu habis berselut kasut...





















“Ketika yang terluka memilih tuk bertahan, ia hanya berharap akan suatu perubahan; Dan ketika yang terluka memilih tuk pergi, ia tak ingin hatinya terluka lebih dalam lagi.”


Sekian.

Sunday, 16 December 2012

National Railway Museum of York.

Hari ni aku ke York. melawat muzium keretapi yg tbesar di dunia. hehe di dunia ye..bkn berlagak..saje nak bgtaw..hehe muzium ni, purata pengunjung yg datang melebihi 1 juta setahun. Lokasi nya di York dan Shildon. dia berasingan sbb pengunjung boleh melalui laluan bawah tanah mcm subway underground tu untuk ke stesen 1 lg yg merupakan salah satu lokasi penggambaran Harry Potter. 

Banyak info menarik mengenai muzium keretapi ni. antara nya, depa ada simpan lokomotif yg berusia 300 thn lbh. lama tuuu...dan yg aku baca gak, lokomotif terbesar yg depa simpan, adalah dari cina yg berukuran 1 kaki lebar dan 2 kaki lebih tinggi. Carrieage Queen Victoria pun ada gak kat sini..mmg kagum r kalo tengok..mmg x cukup 1 ari utk di teliti smua peninggalan sejarah ni. Dan yg paling best, dapat masuk ke lokomotif Shinkasen bullet. tren paling laju kat dunia tu..haha dapat naik yg model je pun jadi la..nak pi jepun x taw lg tahun bila kan..haha

Tapi, apa pun, memang lawatan kali ni mmg best sangat sbb blh tengo kemajuan kejuruteraan sejak dari zaman dulu lg sampai skang. Pastu dapat tengok lokomotif Flying Scottsman yg paling femes kat dunia..huhu 







the legend-Flying Scottsman



with flying scotsman





Shinkansen Bullet Train 

“It’s funny how artistic we become when our hearts are broken.”


Sekian.


Saturday, 15 December 2012

Jalan-jalan ke Weston Park Museums Sheffield & Heeley Farm.

Hari ni cuaca agak mendung dan tanah lembap. Pagi ni kami g jalan2 ke Heeley Farm. dekat je ngan umah kami. dalam 20 minit. Tempat ni diuruskan oleh social worker. So, kat sini ada mcm2 pasal haiwan ternakan yg blh didapati. Ada info pasal haiwan dan tanaman. 

Kami solat di masjid berdekatan dgn Heeley Farm, nama masjid tu Medina. Besar masjid tu dan cantik. Lepas tu kami keluar ke bandar sheffield lg, kali ni naik keta. Kami masuk ke muzium western park. Ada admission fee, tp mcm biasa encik bos yg support. hehe syukran+alhamdulillah. Kat sini blh tahu sejarah mengenai sheffield dan tentang pemerintahan kerajaan depa. Menarik untuk dikunjungi kerana ada mcm2 aktiviti dan yg paling best utk kanak2 sbb mmg byk yg menarik.

Heeley Farm







Weston Park Museums Sheffield.

Weston Park Museums.


Mak cik victoria servant. hehe



Masjid Medina, Heeley Farm






Rasa itu kah yang tidak mahu hilang atau aku sendiri yang tidak rela melepaskannya pergi??

Sekian.