Wednesday, 26 December 2012

Boxing Day in Cheshire Oak.


Dah bulan 12 ni, nak2 lepas krismas..Semua orang duk citer pasal boxing day... apa itu boxing day? aku pun blur gak mula2..ingatkan hari orang bertinju siam..haha then aku pun duk google la cari mende apa Boxing Day ni..sbb femes sgt...kat tepi2 jalan dan smua shopping mall duk pasang banner pasal Boxing day. Aku cuba cari maklumat tentang boxing day... antara yang aku temui maklumat pasal boxing day ni ialah:

secara tradisional boxing day dirayakan pada 26 Disember, sehari selepas raya Krismas; kedai2 akan menjual barang2 dengan harga yang sangat rendah; banyak kedai dibuka awal iaitu seawal 3 pagi..Landlord aku ckp, kalau Next punya kedai, kul 2 am dah ada customer yg duk beratur. 

Secara kesimpulannya boxing day adalah hari untuk mencapai impian kita, memiliki barang yang sudah lama diingin-inginkan sepanjang tahun tersebut dengan harga yang sangat murah (kalau macam tu memang banyak betul la barang keinginan aku... berangan je la dulu). Bestnya kalau betul2 ada boxing day dan aku dapat pergi shopping apa sahaja barang yang aku nak. Itupun kalo ade duit..tp..aku dah tahu dah..mcm mustahil..haha aku tengok je org duk shopping..dan telan air liur..dalam kepala duk berangan je la tengok depa membeli...huhu sedihnya bila jadi org tidak berduit..

Aku just amik gambar pokok krismas giant dan gbr minum hot chocolat kat Costa. then yg best nyer, terjumpa 1 rombongan manusia femes..haha geng2 pasukan bola kelantan. Aku mana kenal sbb aku x minat bola..tp encik bos bagitahu dia pengurus pasukan bola kelantan. Tuan Haji Azman Ibrahim. haha dengan anak isteri dan geng2 beliau. aku sengih je masa jumpa dia. nak ckp pasal bola mmg kosong la,,haha balik dari Cheshire Oak tu, encik bos singgah kat outlet satu lg di East Mid Land. aku pon pandang kosong je la....oh duittttttt!!!!


Tuan Haji Azman Ibrahim-gambar dari google. hehe 







aku lepak kat costa..k.lyn ngan encik bos masuk Tefal. hehe




Ni je la yg aku dapat ari boxing day. org shoppping,aku amik gbr je. 



“Menangis itu adalah bicara yang terdampar jauh di sudut jantung hati, di saat kita tidak mampu untuk meluahkannya dengan kata-kata…”


Sekian.

No comments:

Post a Comment