Sunday, 7 October 2012

Carboot ke-2 Doncaster.

Okeh..kali ni part syok..haha ni paling excited sbb kali ni g carboot. For the 1st time sejak duk uk ni, aku dah g carboot marshlane. Tu pun masa sbb host kami Encik Hasrul (suami kak maniha) yg bawak g sana. So, aku dah tahu la mcm mana the real car boot sale. dulu slalu tengok kat tv je. haha mmg happening gila...murah gila...--kalo ade byk duit la..hehe tp mmg best...mcm2 benda ada.. then kat marshlane ni jugak aku dapat baju sejuk yg murah..hehe harga 3 pound=rm15..hehe tu kalo beli kat malaysia mahu beratus hinggit. even ni dah kira barang terpakai, tp still elok lg, tag harga pun still simpan lg, siap dia stapler kat baju sejuk tu. mmg cermat betoi depa ni.

So, kali ni kami ke Doncaster. encik bos drive sbb depa dah beli keta. so, aku menumpang je la..haha mana la mampu kan nak beli keta..keje pun mana dpt gaji lg..haha ni pun g cuci mata je la kot...ari tu bawak bekal dari malaysia brapa hinggit la sangat. 

Carboot Doncaster ni depa buat area stadium. best gak la...tp kat sini mahal la skit barang2 nya sbb depa maybe bayar harga tapak mahal sket kot..ntah..just andaian sendiri. haha then after cuci mata kat carboot kami g lepak kat tasik area situ gak..Kami bawak bekal nasik goreng..so,dalam cuaca sejuk tahap gaban tu, kami makan nasik goreng. nasik goreng sejuk!! hahaha mcm makan ais je.. kat doncaster ni ada Factory Outlet. Nama nya Lakeside Village. tp x sempat la aku nak capture sbb dah penat jalan..hehe


Doncaster car boot sale. kene g awal2 nnt habis brg best..haha


Baju sejuk tu beli kat car boot marsh lane. Beg tu baru je beli kat doncaster. haha

Ni kasut Bata taw. dari malaysia. haha jumpa jugak daun maple kat sini.

Sekian.



No comments:

Post a Comment