Hari ni..aku rasa nak bersendirian. Aku nak bawa diri..nak berfikir..dan kul 11 pagi td aku mohon izin dari kak lyn utk keluar ke canal berdekatan dengan Don Valley Tram. Aku suka ke situ..sbb ada sungai..pemandangan cantik dan sunyi...kadang2 tengok org memancing...aku berjalan menyusuri sungai tu sorang2 sambil mengambil gambar..tanpa sedar dihujung canal tu, aku dah masuk ke bandar sheffield...jauh gila..tapi x terasa letih nya...kerana aku terlalu fokus pada fikiran yg berserabut..aku betul2 rasa tenang bila bersendirian begini bersama alam..semoga Allah mengurniakan ketenangan dan keberkatan dalam hidup aku dan mereka2 yg tersayang..Allahhumma Ameen...
“Kau tahu kenapa aku keras? sebab aku belajar...tak semua orang menghargai kelembutan.”
Sekian.
No comments:
Post a Comment