Memandangkan sekarang ni musim bluebell dan cherry tengah berbunga...maka kami pun mcm biasa pakat2 la plan nak gi photoshoot. Sejak tahun pertama sampai uk ni pun..memang kami x kan lepaskan peluang utk shoot sehabis mungkin. Pulun habis la orang kata...So, destinasi pertama adalah ke Woolley Wood berhampiran dengan Meadowhall shopping mall..Sampai je kat sana, kebetulan bluebells mmg tgh berbunga lebat..dan wild garlic yg putih tu belum kembang lagi.. Habis je shoot kat situ, kami gerak ke Crook Valley yg berekatan dengan Art Tower Uni Sheffield untuk layan shoot ngan cherry blossom lak. memang heaven lah...sbb tu ada ilmuan kata...dunia ni syurga mereka (kafir) dan neraka bagi kita (muslim). sbb syurga kita kat sana...yang abadi....in shaa Allah.
“Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatkanlah yang tidak pernah jatuh..
Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanya orang-orang yang tidak pernah melangkah…
Jangan takut salah kerana dengan kesalahan pertama, kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua…” -HAMKA-
Sekian, Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment