Monday, 6 January 2014

Ulangtahun ke-27.

Selamat Ulangtahun  yg ke-27 untuk diri sendiri.
Semoga usia yang semakin bertambah ini menumbuhkan lagi rasa cinta aku pada Allah dan Rasul ku.
Semoga usia yang baru ini menjadikan aku seorang muslimah yang berdiri di landasan agama Allah, yang berbakti untuk kedua orang tua.
Semoga aku diberikan ketabahan dan redha dalam setiap ujian.
Semoga semua yang terbaik itu akan jadi milik aku.
Allahhumma aamiin..

27 Tahun.
Sepantas itu masa berlalu. Seperti semalam aku masih bertatih berlari ke dakapan mak..ayah dan abang2..Tidak lena sepanjang malam. Di tambah pulak dengan suhu sejuk 5 degrees di Sheffield sekarang ni. Dari semalam aku menunggu detik 12 mlm. Buat aku resah. Takut untuk melelapkan mata. Takut andai ajal menjemput di kala dalam lena. Jujur. Terlalu takut dengan bebanan dosa2 yang menggunung. Semoga Allah menerima setiap rintihan doa dan lafaz taubat ku..

Allah...
27 tahun..sudah lama aku hidup di muka bumi ini..banyak sudah masa yang terbuang dengan duniawi. Benarlah..Allah memberi rasa dukacita itu bukan dengan sia2. Melainkan untuk menyedarkan aku yang leka. Alhamduillah. Aku bersyukur dengan semua yang diberikan. Ujian demi ujian yang diturun kan. Semakin mematangkan aku. Membuat aku kenal siap tuhan aku. Allah yang maha Esa. Nikmat apa lagi yang hendak dusta kan? Astaghfirghullah hal aziim..

Ulangtahun ke-27 ini..ulangtahun kedua aku celebrate di bumi United Kingdom ini. Semoga hijrah aku ke sini. Tidak sia-sia. Semoga sentiasa dalam redha Allah. In Shaa Allah.


Buat yang bagi hadiah dan wish kat aku... Lyaa, Tya, En. Awe, Adik2, Kak Lyn, Mr.Fitzkerley, Sharizalafizi.. thank a lot. That was sweet and unforgettable. 



Pada awk yang sanggup susah payah pos kan tafsir Al-Quran ni pada sy. Terima kasih. Allah saja dapat membalas budi awk. Semoga dalam lindungan Allah sentiasa. (^_^)


Kalendar 2014-Koleksi Fotografi Yorkshire Country Side. Kak Lyn bagi masa Boxing Day hari tu. Mcm tahu2 yang aku sedang mencari kalendar. Thanks akak. (^_^)


Cole & Mason- Paper+ Salt Grinder.
Hadiah dari kak Lyn for 27th birthday. Expect for nothing. But thanks for remembering. Buat aku terfikir. Simbolik nya hadiah ni, dah ada garam dan lada hitam dalam tu. Seperti kehidupan juga yang ada rencah rasa nya. 


Salji pertama jam 11 am. Lebat sangat2 tapi x sampai 1 jam.


Frost kat tiang pagar.


Menadah gerimis salji. 


Nota Kaki : Dan sebenarnya aku sudah tidak risau lagi perihal jodoh atau cinta dari manusia. Kerana mungkin sudah terlalu lama lemas dalam pelayaran cinta manusia sebelum ini. Yang aku harapkan dan rintih kan dalam setiap sujudku kini cuma cinta pada Allah dan Rasul sahaja. Semoga aku tetap diberi kesempatan hingga akhir nanti untuk itu. Allahhumma ameen..



No comments:

Post a Comment