So..buat kali pertama selepas musim sejuk ni..kami berpeluang untuk jalan2. Bulan januari mmg bulan utk hibernate je dlm rumah kerana cuaca sejuk dan mmg buat kan diri ni malas nak keluar. Untuk merasmikan bulan february ni, kami pakat2 nak g jalan ke Bradford. Sepanjang perjalanan nak ke bradford ni, memang lalu Country side. Tp, oleh kerana masih dalam musim sejuk, x ada banyak pemandangan yg cantik boleh dinikmati. Pokok2 pun masih botak. Rumput2 pun kuning je.
Bradford ni majoriti penduduk nya adalah muslim. So, tak susah nak cari makanan halal dan masjid untuk solat. Sepanjang perjalanan ke city of Bradford mmg banyak sangat kedai makan. Kebetulan kami pun tak bawak banyak sgt makanan. Then kami makan je kat situ. Kedai tu ala-ala KFC. tapi di beri nama UKfc. boleh lah..hehe
Persinggahan pertama kami ialah ke UNESCO World Heritage Site. Nama tempat ni Saltaire. Tempat ni adalah perfect example of a Victorian village. Tapi disebabkan oleh cuaca yg sejuk menggigil jugak masa nak jalan di sepanjang taman dan sungai kat bandar tu.
Persinggahan ke-2 adalah Dadibhai Shop. Mula2 aku pelik gak apesal lak En. Nafri benti kat gudang tu. Rupa2 nya Dadibhai tu supermarket kaum Pakistan. haha lawak betoi..kalo tengok dari luar mmg x teringin nak masuk sbb nampak scary dan mcm nak tumbang dah gudang tu. Sekali bila masuk..fuhh mmg dasyat lah. Ini kalau suri rumahtangga masuk, memang bankrap la kaum suami nak membayar. Lucky me, i have no one to treated. haha (^_^)
Dadibhais ni memang banyak sangat barang2 dapur. Dari corelle, corningware, Queen Anne dan semua yg famous2 lah. Mana lah aku nak tahu kan...sbb aku bukan peminat pinggan mangkuk. Pinggan kat mydin pun aku ok jer..asalkan bukan corak yg serabut..hehe simple is easy. (^_^)
So..selepas penat duk mencuci mata dan berangan2 kat Dadibhais tu..kami pon singgah ke Kodak Gallery - National Media Museum. Kat muzium ni memang sesuai sangat kalo encik2 fotografer atau art student nak amik taw sejarah dari zaman tok kadok sampai skang. hehe Muzium ni memang besar aku rasa bagi koleksi2 mcm ni. Sejarah awal kodak dan mcm2 lg. Semua bentuk yang berkaitan dengan media ada kat sini. Muzium ni free je. Itu yg penting. Musim2 sejuk ni, hanya aktivti indoor je lah blh cover.
Koleksi televisyen dari zaman nenek moyang sampai sekarang.
Benti penat dengan main game Pac Man. tingat zaman budak2 dulu duk main benda alah ni.
Story board utk kartun Bob The Builder. memang hebat la yg tukang analyst ni.
Design utk Town citer kartun Bob The Builder.
Watak2 dalam Dr.Hue dan Star Wars.
The Al-Hambra Theatre bersebelahan dengan Muzium Media Bradford. Cantik rekaan bangunan ni.
Sebelum balik singgah makan di UKfc ni. Ayam goreng dan fries. Tapi x sempat snap dah ngap dulu. Kelaparan pulak masa tu.
So..that's all catatan untuk hari ni. Im waiting for next jalan2..sbb rasa cam dah keboringan duk terkurung dalam musim sejuk. Oh spring..please come fast !
Sekian, Terima Kasih.





No comments:
Post a Comment