Siti Aisyah binti Zakaria. Di tanah Scotland.
Alhamdulillah..setelah 27 tahun hidup kat bumi Allah ni..hari ni aku telah menjejakkan kaki ke tanah Scotland. Dah terlalu lama aku ingin berada di sini. Di tanah ini...ini impian yg telah lama aku diamkan...syukur...alhamdulillah...
Sheffield to Scotland- 728 km.
9.00 am- bertolak dari rumah di Basford Street. melalui M1 (highway). Sepanjang jalan pagi ni aku just tidur sebab letih sediakan semua barang2 yg nak di bawak sepanjang seminggu ni.
12.30 pm-2.00 pm- berhenti makan di R&R carlisle-cumbria. lebih kurang dalam 500 km lagi nak sampai ke Scotland. kami makan nasik lemak dan sambal sotong. lepak2 atas rumput sambil2 layan aksi mat saleh. kat sini dapat dilihat ramai pelancong dari luar jugak. kebanyakan yg aku nampak plat kete dari denmark dan netherland.
3.15 pm- kami berhenti amik gambar kat park and rest di Chorley. 400 km lagi untuk sampai ke Scotland. Kat sini pun aku dah rasa cam excited sangat. View nya memang sangat cantik..subhanallah... dan yg aku perasan, sepanjang jalan menuju scotland ni..memang terdapat banyak sangat wind turbine. satu lagi, kawasan ni banyak kawasan pertanian, rapeseed field merata2. di atas jalan raya pulak, banyak kenderaan yg bawak kuda.
hari pertama dah jumpa gagak mati...
5.50 pm- kami berhenti di kawasan pergunungan salji. Subhanallah...terlalu indah nak di gambarkan dgn kata2..aku terpegun melihat kebesaran ciptaan Nya di depan mata...x sedar airmata mengalir..
inverness maksud nya sungai. dalam bahasa scottish.
dipuncak pergunungan salji. sangat sejuk dan berangin.
8.00 pm- selamat sampai di Grannie's Heilan Hame Holiday Park Caravan. waktu ni suasana masih cerah. maklum lah dah masuk musim panas jadi waktu siang panjang. Satu tips yg baru aku tahu adalah..waktu nak check in atau waktu booking caravan ni..make sure caravan yg di pilih adalah 'Pet Free". that's mean, x kan ada bulu2 anjing melekat kat karpet. biasalah, mat saleh kan byk bela anjing. sebelum ni, kami pergi caravan lain smua ada bulu anjing, sbb x tahu.
Antara barang2 yg perlu dibawa utk stay di caravan ni adalah ;
- Sabun taharah-penting sbb nak sertu/samak alat2 masak . Biasa lah org2 mat saleh ni biasa nya masak pork je depa tahu.
- Maggi/garam/gula/teh/susu/beras. peti sejuk di sediakan dan semua kelengkapan memasak ada.
- Kain lap. yang ni penting sbb mmg x da disediakan. tapi kalau beli tisu banyak2 pun ok jugak.
- Plastik sampah. yg ni pun penting gak kalau nak stay lama2 sbb mmg x di sediakan.
- Tikar picnic. tikar picnic ni diperlukan sebab..kalau nak solat dalam caravan ni perlu lapik. kerana mat saleh biasa nya akan pakai kasut dalam caravan, jadi..nak solat dlm keadaan baik..lapik je la..baru letak sejadah.
- Baldi kecil. baldi ni diperlukan utk guna kat tandas. sbb mat saleh kan biasa guna tisu je. so, kita orang melayu dan islam ni..prihatin pada kebersihan..maka lebih baik bawak lah.
- Sabun mandi/syampu/sabun cuci pinggan. yang ni semua mmg kene bawak sbb caravan mmg x sediakan macam kat hotel.
- Kain lap kaki. yg ni aku rasa penting. sebab setiap kali amik wudhu' kat bilik air tu..mmg nak kene lap kaki sbb lantai nya licin dan utk aspek kebersihan jugak.
Oleh kerana kepenatan yg amat sgt..dengan perjalanan hampir 9 jam. kami semua berdengkur kepenatan..pada mula nya, masa2 sampai je kat caravan tu..ingat nak g jalan2 kat pantai depan caravan. tapi sbb dah letih sangat..terkulai layu dalam bilik...hehe caravan ni ada 2 bilik. 1 master bedroom dan 1 lagi bilik kecik ada 2 katil kecik. bukan katil single, tapi mmg kecik. boleh lah utk lepaskan penat lelah seharian.
**ini percutian yg paling lama sepanjang duk uk. harap nya esok lusa dapat tengok benda yg lebih menarik. tdo..esok nak travel lagi...hehe
pantai depan caravan. sangat cantik
Sekian, Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment