Destinasi : Loch Ness @ Tasik Ness (naga)
Loch- tasik
9.40 am- selepas sarapan maggi goreng hasil air tangan kak Lyn, kami bertolak ke Loch Ness. Loch ness ni merupakan salah satu destinasi popular bagi pelancong asing. Loch dalam bahasa scottish bermaksud tasik. Ness@ Nessi merupakan nama naga dalam tasik tu. Kalau kat malaysia boleh disamakan seperti Tasik Chini. Ada lagenda mengatakan yg dalam tasik ni ada naga jadian yg sangat besar. Perjalanan hampir 3 jam dari pada Embo. Embo ni tapak caravan kami.
1.00 pm- selamat sampai di Loch Ness. Sampai-sampai je di Loch Ness hujan rintik2 dah. Kami cepat2 gi beli tiket untuk naik River Cruise. Tambang untuk seorang dewasa dalam GBP 13.50. Sepanjang 45 minit cruise sepanjang tasik tu, view mmg cantik lah sebab di kelilingi bukit-bukau. Bot kami berhenti di Uruquat Castle untuk turunkan penumpang. Uruquat Castle ni merupakan castle yg terbesar di Scotland. Tapi, river cruise kali ni x best sangat sbb bagi aku..cruise kat Lake District view dia lagi menarik. Lepas dah siap2 beli souvenier kami meneruskan perjalanan balik. Dalam perjalanan kami singgah Dochfour utk amik gambar kat bunga bluebells kat lereng bukit yg sangat cantik. Sesungguh nya wanita dan bunga berpisah tiada..hihi Sepanjang jalan daripada Loch ness, kami menikmati pemandangan yg terlalu indah utk digambarkan dgn kata2. Sepanjang jalan tu kami melalui jalan tepi tasik dan sepanjang tasik pulak ada banjaran bukit bukau yang sangat indah dengan hamparan warna ungu. Hamparan warna ungu tu adalah bunga bluebells. Selain warna ungu, ada jugak bukit yg dipernuhi hamparan warna kuning. Cuma aku x tahu nama dia apa..
3.00 pm- Berhenti solat di Masjid dalam pekan Inverness. Kat sini mmg blh nampak ramai org islam. Selepas selesai solat kami singgah di Sam's Restaurant utk makan petang..sbb lunch kami dah skip. Tapi walaupun restoren ni restoren org islam. Pemilik nya pulak adalah imam/bilal masjid inverness kalau x silap. Alkohol dan bar tetap ada. Aku jadi konpius pulak...dan yg tu sedikit ralat..dan kami meneruskan perjalanan balik ke Embo. Sampai2 je kat caravan park, aku g merayap kat tepi pantai. cuaca petang sangat best dan air dah mula pasang. yang best nya kat laut ni, kita blh tgk dolphin dan singa laut. yang paling best lagi..aku dapat tangkap tapak sulaiman dan macam2 kerang2 yg cantik. ada kepah, mentarang, siput, tiram, abalone dan teritip. Ini menunjukkan bahawa laut kat sini belum tercemar dengan sebarang kimia. Burung2 camar pulak sangat jinak. Suasana pantai ni buat aku teringat pada kampung aku. Kampung pasir putih. Pelbagai kenangan mula singgah dalam kepala. Tapi, cepat2 tersedar bila kak Lyn panggil utk amik gambar...hehe
bahasa inggeris ke bahasa Scottish.
hari ke-3 pun masih jumpa burung mati. meningatkan diri yg kematian itu dimana2 saja. (T_T)
view Uruquhat Castle dari atas bot.
Driver boat ni OKU. dan kami naik bot ni utk River cruise.
background dgn Uruquat Castle.
blubells in Dorchfour Hill.
restoren sam. makanan x sempat snap dah masuk perut dulu.
background laut dgn air pasang
background caravan
cik siput yg comel..
yeahhh im proudly on top of Embo. hehe
p/s- esok dah nak check out dan destinasi kami seterusnya adalah ke bandar Glasgow. utk rekod, Glasgow adalah bandar terbesar dalam Scotland.
Sekian, Terima Kasih.


No comments:
Post a Comment