Hari ke-2:
Dornoch- Lands End- John O'Groats- Duncansby- Thurso-Hemsdale- Forsinade- Lybester- Glen Loth.
10.00 am- Bertolak dari caravan park ke Lands End/ John O'Groats. Lands end ni merupakan penghujung negara Scotland. sebab itu diberi nama Lands End dan John O'Groats tu pula adalah founder kepada tempat tu. Perjalanan nak ke Lands End dari caravan park ialah 130 km. hampir 2 jam juga...
pekan Helmsdale
*dan sepanjang kat scotland ni jugak...bunga2 kuning memang banyak di setiap kawasan pergunungan dan lereng2 bukit.
1.00 pm- Kami selamat sampai ke Lands End dan tempat pertama di tuju adalah toilet. haha yang aku perasan sepanjang kat scotland ni adalah, setiap toilet yg aku masuk mesti kena bayar. nak masuk toilet kat visitor centre ni pun kena bayar 30 pence. mahal tu...tapi oleh kerana dah desperate sgt..bayar je la...dan toilet facility was in bad condiotion..seriously. nak termuntah aku...sepanjang kat UK, x pernah aku jumpe toilet busuk dan kotor camnih..(situasi ni mengingatkan aku pada facility kat hentian bas putra...sangat sadis)
2.30-3.40 pm- lepas jalan2 kat john o'groats td, kami jalan2 sekitar Duncansby. kat sini..kawasan tepi laut..dan apa yg menarik nya kat sini..ada rumah api yg tertua kat scotland. kawasan ni memang terlalu cantik..mcm biasa kita tengok kat Discovery Channel ataupun National Geographic. Scenary nya...subhanallah...indah..dgn landskap dan burung2 puffin dan camar laut nya..mmg cantik..makcik kata...ini syurga mereka...syurga utk kafirun..betul lah tu...syurga muslim adalah di alam abadi sana...kat sini juga ada 2 Rock Stack. rock stack ni mcm pulau kecik tapi terdiri dari batu2 yg tersusun bentuk kon. memang unik. waktu kat sini juga aku sempat bersembang dgn beberapa mat saleh. salah sorang nya adalah local dan dia kata, pada hari ni ada orang nampak ikan paus pembunuh-Orca Whale. ikan paus ni mmg jarang dapat tgk real. kat kawasan laut ni jugak, kalau bernasib baik akan dapat tengok dolphin melompat2..tu kata dia..tapi malangnya..bukan rezeki kami..so..dengar cerita je la...
rock stack of Duncansby
lubang2 ni adalah sarang burung puffin. yg paruh berbelang tu.
seagulls sedang berehat.
hujan2 pon sanggup turun sbb nak bergambor ngan wind turbine. haha
4.00 pm- Kami bertolak balik menuju Dornoch. kami singgah makan di pekan Hemsdale dan singgah di tesco untuk beli bahan2 utk masak malam nanti. hujan renyai2 dan kebetulan lak kami melalui kawasan pergunungan hutan balak pine. kiri dan kanan memang banyak rusa liar. aku rasa nak sembelih dan goreng je daging nye yg fresh tu. di puncak gunung pulak, secara kebetulan kami ternampak ngan sorang makcik dan pakcik tgh bukak tayar dalam hujan. Kami pun benti keta la utk tengok kot2 boleh hulur kan bantuan. kesian lak nengok pakcik dah tua tu. dah la dalam hutan kelam mcm tu...kang x pasai2 kena serang ngan beruang liar. Encik Nafri dan pakcik (ayah kak lyn) tolong depa tukar tayar sbb kata nya dia x da jet tayar. makcik yg tayar kete pancit tu pulak bercerita, dia mmg tahu pasal malaysia sbb anak dia keje kat thailand. itu la kisahnya. bangga la kejap. hehe
rusa-rusa liar yg sedang makan kat kawasan pergunungan hutan balak pine.
bantu-membantu amalan mulia. tagline tu...hehe di puncak glen loth.
*so...balik berehat untuk hari yg ke-3...kaki dah sakit2...huhu
Sekian, Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment