Destinasi : University of Glasgow/ Glaschu (scottish accent) & Edinburgh.
9.30 am- Pagi ni breakfast roti bakar dan lebihan nasik smalam je. then kami Check out dari Travelodge Kilmarnock menuju bandar glasgow. Destinasi kami adalah University of Glasgow.
11.10 am- selamat sampai di University of Glasgow then tour dlm university about 1 hour. university ni dah berusia 550 tahun tu....Memang kagum masa masuk dlm university ni. kalau ikutkan dlm plan kami nak masuk ke dalam bangunan, tp oleh kerana ada student tgh exam, maka university tour x da..so..kami menapak sekeliling uni je lah. kebetulan pulak cuaca sgt panas menambah lg x selesa...
1.00 pm- menuju ke Museum of Glasgow dan point of interest lain etc. Tall ship. muzium nya mmg sgt menarik sbb lain dari yg lain dan terdapat pelbagai koleksi dari seluruh negara. tiada yuran masuk di kena kan kecuali utk Tall ship. kena bayar dlm 1 GBP kalau x silap. masa kat sini aku dah mcm x berapa nak berminat...maybe sbb badan dah letih..kamera pon simpan dlm beg je.
3.50 pm- berhenti solat di Central Mosque of Glasgow. masjid ni sangat lah besar nya...dan ada mini muzium tentang agama islam di sepanjang koridor menuju tempat solat. sepanjang aku duk uk ni...masjid ni antara masjid terbesar yg penah aku masuk selain kat oxford dan manchester.
4.20 pm- singgah di city centre of Glasgow. kami ke Buchanan street. point of interest yg popular bagi tourist. Sementara depa smua duk shopping, aku bawak diri ke gerai2 tepi jalan..kopt2 ade souvenier murah2...kan....hehe lgpun badan dah letih sgt2...dah 5 ari berjalan non stop...panjat gunung, turun bukit...mana x penat...
7.40 pm- selamat sampai ke homestay di Edinburgh. Malang sekali sbb dapat apartment level 4. Dah la ngan kaki lenguh, badan sakit...nak mengangkut segala mcm barang dan beg...fuhhh tercabar betul...bila dah masuk apartment lak..punya la excited sbb cantik...tp...yg x best nya...lantai apartment tu papan la pulak...berkeriut mcm dalam umah antu...aku dpt bilik sendiri..sgt best...hehe tu yg aku nak sgt2...privacy...tdo bdengkur pon x dak sapa nak kisah... dan utk makluman jugak..area ni mmg banyak makanan halal dan restoren halal..yg paling best lg tuan umah siap bagi list kedai2 halal..best kan...yg x best nye..sbb x leh order je...haha (^_^)
so...besok dah nak balik sheffield...dan besok nak ke edinburgh..last resort sbelum balik..aku mmg dah letih sangat2 dah..mcm dah x excited...even x penah sampai sini..kalo 1st day x benti senyum..dah last2 ni..nak angkat kamera pon dah x lalu...
Sekian, Terima Kasih.





No comments:
Post a Comment